Friday, April 2, 2010

Driving School

Wuhuuu! Petang tadi Opah Chu ajak temankan dia pergi ke Kg Buaia. Dia nak visit member baik dia dekat kampung seberang sana, Makcik Sam. Ingatkan nak naik motor je, tapi tengok hari macam nak hujan. So dengan kunci kereta di tangan, aku pun start la enjin kereta. Kalau bab start enjin kereta ni memang aku pro. Gaya macam dah 10 tahun pegang lesen memandu. KAHKAHKAH

Maka dengan jantung yang dupdapdupdap (eh laju pulak aorta aku ni mengepam darah kan), aku pun crosslah jalan raya besar depan rumah tu. Hey, 1st time tau drive kereta sendiri! Sebelum ni mesti ada orang teman dekat sebelah. Aku bangga! LOL

Dah pukul 6 lebih aku balik rumah. Masuk je rumah, tengok Abah tengah online Facebook dengan laptop depan TV. Dalam hati aku tertanya-tanya bila la Abah nak pergi ambil Mak ni. Orang nak ikut, nak drive. Tiba-tiba dengan riang gembiranya sambil menyanyi lagu kumpulan Scorpion, Abah bangun and terus capai kunci kereta dia. Aku pun apa lagi, Abah Abah Abah orang nak ikut! Orang nak ikut! Nak amek Mak! Terus Abah baling kunci kereta dia dekat aku. Arhhh sorry, kereta besar tu aku takkan drive walaupun auto. Karang terlanggar tiang karang aku yang kena bebel. Sorry orang tak nak. Sudahnya bawa kereta comel aku je.

Yeay, hari ni first time drive Abah. Seumur hidup asyik Abah je yang drivekan kalau nak ke mana-mana. Hiksss! Yeay yeay jugak, jantung ni dah start rasa berdebar balik. Tapi maintain je cool, muka kena confident! Lepas tu drive macam biasa and ambil Mak dekat Talang. Mak terkejut tengok anak dara dia ni drive. Mak siap suruh tukar minta Abah yang drive. Wuuuu sampai hati Mak tak percaya anak sendiri! (TT_____TT)

Dah settle ambil Mak, terus ke pasar malam Jumaat dekat Market Kuala. Alahai Abahku, kenapa la hari ni jugak nak pergi pasar malam? Orang takut la nak drive. Sampai je dekat pasar malam tu, parking banyak je. Side parking la tapi. T____T Failed betul la kalau side parking ni. Abah dah start membebel. Potpetpotpet...Sakit telinga kita awak. Masa tu tak rasa cuak dah, tapi rasa nak marah sebab Abah membebel. End up aku free gear, terus keluar kereta and suruh Abah park kan kereta. LOL 

Well aku bangga dengan pencapaian aku hari ni. I drove a manual car okay. It aint easy especially when your car is not equipped with power steering. All of a sudden tangan you boleh jadi sador semacam. KAHKAHKAHKAH OKBYE!




p/s: Termati enjin kat traffic light depan Sekolah Clifford. Nasib baik kereta belaknag tak hon sebab sticker P masih fresh tertampal dekat mirror. So paham-paham la. Lulz

No comments:

Post a Comment