Friday, May 14, 2010

Demam

Huhuhuuu... HI! Malam ni aku memang rajin nak post entry sebab minggu ni memang boring. Kawan-kawan dah ramai yang pergi matriks. Malam hari yang aku pergi buat medical check up kelmarin tu aku demam. Tapi tak teruk pun. Maybe sebab petang tu ada terkena hujan sikit masa pergi kedai. Aku tak bagitau dekat Mak pun yang aku demam. Aku tidur je dalam bilik. Biasalah, demam mengada-ngada ni malas lah nak susahkan orang lain.

Bila bercakap pasal demam ni, buat aku jadi teringat masa aku Form 4 dulu. Aku demam masa bulan puasa. Itupun gigih naik ke Matriks Gopeng semata-mata nak pergi bazar ramadhan dia, nak beli ikan pari bakar. Uishhh sedapnya sambal dia! Ni semua sebab dah tak lalu nak makan lauk DM (read: sup ikan mati lemas, ayam goreng rempah berbulu & sayur celup air panas). Lepas berbuka terus sakit kepala and badan jadi panas. Masa prep tidur je. Esoknya pergi klinik MA bagi MC dan dibenarkan balik rumah. Masa tu hari Rabu ya hihihihihhiiiii....(Yes boleh cuti lama dekat rumah!) MA tu bagi MC sebab dia ingat aku ada allergic sakit kulit yang boleh berjangkit ke orang lain. Dia taktau yang tangan aku memang akan jadi merah-merah kalau terkena aircond. Jadinya petang tu jugak aku call Abah suruh amek dekat hostel lepas meeting AJK Rumah Nilam. The saddest part was, aku tak dapat duit raya dari Pengetua sebab balik awal. TT___TT


Masa Form 5 pulak aku demam teruk sampaikan terpaksa quarantine daripada bercampur dengan orang lain. Memang horror la masa ni. Dah la tengah minggu trial exam SBP satu Malaysia. Satu sekolah pulak kena virus demam. Puncanya Ketua Umum terkena jangkitan H1N1. Ye la masa tu tengah hangat isu H1N1 ni and sekolah aku is the 1st hostel yang terjebak. Almost semua student demam. Aku antara orang terakhir yang kena. Pagi tu aku jawab paper 2 Addmaths. Itu pun aku jawab setengah jam je. Selebihnya aku ulang alik pergi toilet muntah and tidur. Lepas habis paper aku terus balik dorm nak tidur. Paper 1 aku tak jawab pun sebab tak larat nak bangun. Sampai ke malam, demam tak kebah jugak. Badan makin panas. Orang lain pergi prep, aku duduk dalam dorm sesorang sampai lah warden datang. Warden papah naik kereta nak pergi bilik quarantine yang cuma berapa tapak je dari blok hostel. Dan aku pulak yakin je free hair keluar dorm. Dekat bilik quarantine warden kasi 1 botol air 100 plus, bagi makan ubat (yg lepastu aku luah and buang dalam tong sampah) and tolong basahkan towel letak atas dahi. Lepastu lumurkan air asam jawa dekat kepala. Tetiba wujud rasa bersalah dekat warden sebab aku suka tidur masa kelas dia. HAHAHAHA... Bila check suhu, 38 degree. Makaaaaaih no wonder la macam nak pecah kepala ni, panas bukan main.

Esoknya orang semua amek exam Bio and again aku skip. Aku tidur dekat bilik. Bila terjaga, terkedek-kedek aku berjalan kaki balik dorm nak mandi, amek baju apa semua. Ye la malam tadi kan datang sehelai sepinggang je. Lepas mandi nurse datang check suhu. Suhu naik lagi sampai 42 degree. Aku dah sakit kepala sangat and malas nak dengar dah nurse tu cakap apa. Yg aku dengar, aku kena admit ke Hospital Kampar. Oh damn it, hospital tu haunted and terpinggir! Nurse bagi minum air kelapa and letak cool fever. Then check suhu, alhamdulillah turun ke 38 balik. Tak jadi admit.

Effect dari demam tu memang kaw-kaw punya. Aku tak lalu nak makan nasi. Sehari ada lah 2 suap je aku makan. Aku tak boleh minum air kosong sebab tekak rasa pahit. Almost seminggu aku minum air kotak oren drinho tu. Siang malam itu je la yang aku telan. Aku tak makan and kesannya, aku turun 4kg dalam masa seminggu. Eh sudah lah, banyak pulak masa nak mengenang kisah demam dulu-dulu kan. BYE!






p/s: AKU BENCI UBAT!

No comments:

Post a Comment