Friday, May 28, 2010

New Life

Hai uolls! Dah lama gila kot aku tak update blog ni. Terlalu banyak cerita nak dikongsi tapi tak terkeluar pulak perkataan-perkataan yang nak ditype. KAHKAHKAH

Okay, firstly nak bagitahu yang aku dah berjaya daftar sebagai budak U! Currently aku buat Foundation of Law (under MOHE) dekat UiTM Shah Alam. 23hb haritu pergi daftar. Sumpah penat weh nak menganggkut barang! Kena berasak-asak baik bas dari Masjid SAAS ke Kolej Mawar. (Kereta tak dibenarkan masuk sebab sekarang tengah musim konvo) Baru beberapa hari duduk sini aku dah start rindu rumha. Eh sebelum terlupa, nak wish THANK YOU HUSNA KHAIRUDDIN sebab dah banyak kasi support dekat aku. Aku tak sabar nak tunggu kau datang sini. Nanti aku belanja ABC Frado ya!

First week dekat sini macam hampeh. Kena bangun awal pukul 5.30 pagi memang adat la kan time orientation week. Ini kalau dekat rumah memang aku tengah sedap bergolek dalam selimut lagi. Dah la kena beratur nak rebut shower (Hehehehe so mengada-ngada!) Minggu Destini Siswa ni sumpah bosang gila wei. Bosan gilaaaaa! And one thing yang aku cannot brain is kitorang kena pakai baju kurung (all the time) dengan kasut sukan. HOI INI TAK LAWAK OKAY, INI HODOH NAMANYA! So aku pakailah sport shoes aku yang color pink terang yang satu UiTM boleh nampak tu. LOL! Dah la aku tak bawak sneakers sebab barang dah banyak. Pemudahcara (PM) semua hekeleh kekwat semacam, rasa nak tampor je. Ingat aku taktau ke korang join jadi PM sebab nak merit nak stay kolej next sem. Ada jugak PM yang okay mcm Kak Aina. Budak Law jugak. Siap offer nak ajar subjek Contract Law and Malaysia Legal System lagi. 

Apart from that, aku dapat ramai kawan baru yang sangat sempoi! AYU, TIMAH & FARAH. Depa ni la geng aku (dengan SEHA) berkepit ke sana-sini sepanjang MDS ni. Ayu ni roommate aku. Budak katil sebelah. Dia ni budak Negeri Sembilan. Uuumangai, dialek NS dia pekat oih! Kitorang boleh jadi geng sebab sama-sama minat SS501! HAHAHAHA Si Timah pun roommate aku. Dia katil depan Ayu. Typical budak KL yang social, rambut karat and kaya. Kalau tak kenal, korang mesti ingat dia ni budak bermasalah & sombong. Tapi sebenarnya dia ni bongok korang tau tak. Tingtong 24/7. Oh bilik aku ada 4 orang. Budak yang depan katil aku tu tak mesra alam sangat. Dia pun ada geng dia sendiri dari sekolah. And lastly Farah. Farah ni budak TESL. Boleh jadi geng sebab dia ni kawan si Timah and masuk air jugak. Kadang-kadang dia boleh jadi blur tahap dewa and bimbo. 

Geng aku sorang-sorang perangai tingtong. Timah la yang paling kelakor. Dua malam lepas kitorang lapar gila masa tengah taklimat kolej. So Timah and Seha keluar dewan (dengan alasan nak pergi toilet) and pergi tapau dinner untuk kitorang semua. Dah pukul 10, kedai pun dah nak tutup. Tapi nasib baik ada 1 kedai tu bukak lagi. Depa pun tapau la ENAM (6) BUNGKUS NASI GORENG KAMPUNG & TELUR GORENG. And depa bayar RM4.00 je for all. Murah nak mamppp kan?! Brother kedai tu cakap dia nak habiskan nasi goreng yang dok ada tu. Jadinya dia charge harga untuk sebungkus nasi goreng kampung je, yang selebihnya kira sedekah. Mungkin jugak sebab brothr tu kesian pulak tengok muka si Timah and Seha tahan lapor. Terima kasih bang, semoga murah rezeki Abang. Kami doakan business Abang rancak lepas ni. Aammmiiiinnn...

Time Timah and Seha keluar, aku, Ayu and Farah dah tak senang duduk dah. Macam cacing kepanasan dah kitorang duk tunggu depa balik. Risau jugak kalau depa sesat sebab dekat luar tu gelap. Satu lagi risau kantoi dengan PM yang depa ni skip taklimat. Sudahnya Seha text aku and bagitau jumpa dekat bilik je. Sampai je bilik terus bantai gelak kaw-kaw punya bila dengar kisah menyayat hati Timah and Seha. Time nak balik ke dewan lepas tapau makanan, si Timah terpeleot jatuh longkang sebab gelap. Nasib baik nasi tak terjun ke dalam longkang sekali. Kalau tak aku benamkan Timah dalam longkang buat kali kedua. HAHAHAHAHAAHAHA

So hari ni cuti long weekend. Semalam bila semua roommates and geng decide nak balik rumah, aku pun terpanggil nak balik Kuale jugak. Tak dapat balik rumah sendiri pun takpa daripada kena duduk bilik macam bodoh. Dah la laptop, tv radio semua takda. Mati kutu aku dibuatnya. Serius rasa macam nak menangis bila kena tinggal sorang-sorang. Lagi-lagi semalam battery fon aku flat terus and aku tak bawak charger. Selama ni pinjam roommate punya je. Aku tak dapat nak contact sesapa. Semua budak yang tanya semua pakai phone Sony. Alahai..... Lastly dapat pinjam charger budak depan bilik, Ikha. Ikha ni dulu classmate masa aku tuition PMR. Selama ni aku tak perasan dia duduk depan bilik aku. -.-" So ignorant la aku ni.

Bila dah berjauhan dari family and kawan-kawan ni buat aku terfikir yang aku tak boleh nak main-main huha huha macam dekat sekolah dulu dah. (Cewaaahhh muhasabah diri la konon) Orang cakap study law ni susah. Indeed. Kalau tak struggle jangan harap la ada sinar nak sambung degree LL.B. So korang, wish the best for me okay! Love uolss!




P/s: Rasa macam mimpi je dah jadi budak Universiti!

2 comments:

  1. huh,aku terharu gila!
    baru aku sedar,betapa BAIK nya aku nih.haha
    aku tuntut nnt oh ko belanja aku.yey!

    ReplyDelete
  2. tara hal la beb..dtg je cni, aku blnje nt! :)

    ReplyDelete