Saturday, October 9, 2010

Kau Pergi Jua


Seminggu dah berlalu. Rasa sunyi semacam daily life aku dekat rumah sekarang. Rasa pelik sebab ahli dalam rumah dah berkurangan. Dan sampai sekarang aku still terkejut bila seorang ahli keluarga yang disayangi telah dijemput Ilahi. Aku ingat lagi kejadian malam tu.

Masa tu hari jumaat. Aku baru habis exam sem 1 asasi pada hari rabu and pakcik aku datang jemput before parents aku amek aku dekat rumah dia di Cheras. Emak dah call awal-awal bagitahu diorang datang amek aku dekat KL hari sabtu pagi nanti. So aku stay la dulu rumah pakcik aku dgn family dia. Hari jumaat tu, aku baru nak masuk tidur dan tiba-tiba handphone bergegar bawah bantal. Tgk jam baru pukul 12.52am. Oh, Emak yang call. Dalam mengantuk aku jawab jugak call sebab mak jarang call tgh malam-malam gini. 

TET! Butang end call ditekan. Aku speechless. Taktau nak buat apa. Clueless. Aku sandar kat dinding and peluk bantal sambil bersila. Darah dah rasa tak sampai ke muka. Dalam kepala teringat, AKU NAK BALIK RUMAH MALAM NI JUGAK. Aku buntu habis. Aku try call semua kawan-kawan rapat asasi aku. No answer. Try call Anisyu, kawan baik masa sekolah. Nasib baik berjawab. Aku sempat berbual dgn dia itupun berat jugak nak bercerita. Aku duduk terdiam balik atas katil sampai la emak saudara aku masuk bilik membawa berita yg sama mcm yg emak aku sampaikan. Emak saudara aku suruh bersiap, malam tu jugak balik kampung.

Dalam tengah kusut nak kemas beg, telefon berdering lagi. Oh Isa Hanis. Kawan lama since sekolah rendah. Adik dia bestfriend adik aku. Dia bersimpati dengan aku and cuba untuk pulang ke Perak jugak. Terharu aku masa tu sebab dia dekat Kelantan and sanggup balik Perak. Thanks beb. So, around 1.30am kitorang bertolak and singgah rumah makcik aku lagi sorang dekat Batang kali. Sepanjang perjalanan tu aku tak boleh tidur. Kalau diikutkan kepala ni memang berat, penat segala. Tapi bila nak pejam mata, mesti rasa sedih tu datang. Aku ingat lagi, aku menangis sepanjang perjalanan balik sampailah sedar-sedar dah ada depan rumah. Aku tgk jam, dah pukul 6.15 pagi.

Semua ahli keluarga, saudara mara berwajah sugul. Berwajah sedih. Aku yg tak tahan nak menangis terus lari masuk ke dalam rumah. Aku tgk Mak menangis lagi dekat ruang tamu. Muka merah, mata bengkak. Sumpah tak sanggup nak tengok Mak macamtu. Itu 1st time aku tengok Mak menangis teruk. Abah pulak cuma diam tak terkata di luar rumah. Mak datang and peluk aku.

"DEKMI DAH TAKDA PIKAH!"

Hanya air mata yang mampu keluar saat itu. Aku peluk Mak, Mak peluk aku. Masing-masing try nak calm down tapi tak terdaya. Sungguh tak percaya the only adik yang aku ada dah pergi meninggalkan kami semua. Rasa terkejut tu masih ada. Dalam sejam lepastu Abang dan Kakak aku pulak sampai rumah dari Perlis dan Kedah.

Pagi tu, endless SMS dan call yg aku terima daripada kawan-kawan yang mengucapkan takziah. Air mata aku sampai dah kering. Mata dah bengkak. Muka dah sembab. Ruang rumah semakin penuh dengan ahli keluarga, saudara-mara, kenalan-kenalan rapat emak dan abah, kenalan-kenalan arwah, jiran-jiran dan sahabat handai. Semuanya masih terkejut dengan apa yang berlaku. Lebih kurang jam 11.30 pagi van jenazah mula tiba di pekarangan rumah. Jenazah Dekmi yang dah siap dikafankan dibawa ke dalam rumah. Ruang tamu rumah sesak dengan orang ramai yang semuanya mahu menatap wajah arwah buat kali terakhir. Aku tidak sanggup untuk memberi kucupan terakhir sebab air mata ni tiba-tiba tidak henti-henti mengalir bila melihat arwah. Orang-orang tua cakap, jangan biarkan air mata kita menitis dan terkena pada jenazah. Nanti jenazah rasa terseksa. Cukuplah sekadar memandang dari sudut tepi. Tenang wajahnya....macam tengah tidur. Aku bersyukur sebab Dekmi pergi dalam keadaan fizikal yang sempurna bukan dengan wajah yang tiada rupa. Bukan dengan kepala yang bersepai. Aku perhati je wajah arwah. Calar-balar di tulang pipi dan sedikit kesan lebam di muka. Semasa jenazah sedang disolatkan, hujan turun dengan lebatnya. ALHAMDULILLAH! 

Aku diberitahu punca utama kematian arwah disebabkan oleh hentakan di kepalanya yang kuat semasa terjatuh dari motosikal yang menyebabkan tulang tengkuknya patah. It's normal when you broke your spinal cord. The main nervous system. Bila benda tu takde, kau pun takde.

Sesudah solat jenazah, arwah diiring ke tanah perkuburan. Hujan mula berhenti seperti memberi laluan untuk arwah disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kg Buaia. Kuburnya berdekatan dengan kubur arwah opah kami yang telah pergi dahulu pada 10.10.2005. Cuma selang beberapa kubur sahaja. Aku perhati dari tepi, Abang yang begitu bersusah payah membantu mengebumikan jenazah sehingga ke dalam liang lahad dan menimbus tanah. The symbol of blood brother. :') Kenalan-kenalan arwah pula masih ramai yang mengiringi sehingga ke kubur. Aku perhatikan sekeliling kawasan perkuburan. Memang ramai kawan-kawan arwah yg datang memberi penghormatan terakhir. Usai jenazah dikebumikan, talkin mula dibaca....


Sebelum kaki melangkah pergi meninggalkan kawasan tanah perkuburan, aku memandang semula ke arah kubur....

DEKMI, AMANLAH KAU DI SANA. AKU AKAN SENTIASA MENDOAKAN KESEJAHTERAANMU. KAMI SENTIASA MENYAYANGI DIRIMU.....


***************
Tahlil arwah diadakan 3 hari 3 malam berturut-turut. Kenalan-kenalan arwah masih setia berkunjung ke rumah...itulah sahabat arwah semasa senang dan susahnya. 

Tak lama selepas pemergian Dekmi, aku mendapat berita bahawa berita kemalangannya terpapar di akhbar Sinar Harian Edisi Perak.

Inilah berita yang dilaporkan dari pihak yang melanggar arwah. Arwah seperti disalahkan sepenuhnya. Aku berasa amat ralat. Walhal cerita yang sebenar amat berbeza dengan apa yang dilaporkan. Apapun yang dilaporkan, betul atau tidak, ia tak mungkin dapat mengembalikan arwah kepada kami.

Hanya air mata yang setia mengalir di pipi menemani aku tiap kali teringatkan Dekmi especially segala moment kami bersama. Dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan terakhir pada petang sehari sebelum dia pergi. Aku ingat, last time aku jumpa dia bila kitorang 1 family lunch dekat Pizza Hut sebelum hantar aku ke stesen bas nak balik Shah Alam. Masa tu baru habis raya and aku dah nak final exam.  Aku balik awal sebab nak study. And yes..itulah kali terakhir aku menatap wajahnya secara live sebelum dia pergi. Sedih.

Sebelum pergi, arwah banyak meninggalkan pesan kepada rakan-rakan dan juga cousin kami yang paling rapat dengannya, Angah. Dia pesan dekat Angah kalau nak guna barang-barang dia, guna je sebab Dekmi memang jenis yang tak berkira. Dekmi pesan, tolong bersihkan bilik dia seminggu sekali. Habuk-habuk dan sawang kalau ada tolong buang. Jangan kasi bilik dia kosong tanpa tuan and arwah minta jaga handphone dia elok-elok sebab itulah satu-satunya harta yang paling dia sayang. Dekat kawan yang satu lagi pulak, dia minta jaga kasut Converse kesayangannya. And ada a few lagi benda yang dia buat.

Dekat facebook arwah....

(last status arwah)

And last aku berhubung dengan Dekmi masa hari Khamis. A day before dia meninggal. Masa tu aku baru balik dari berjimba dekat Bukit Bintang since baru habis exam. Tiba-tiba arwah post dekat wall FB aku mintak topup. Kebetulan masa tu duit poket aku ada banyak lebih. Aku belanja la dia. Bukan selalu aku jumpa dia pun. Arwah punya la happy dan tak sabar-sabar! Kalau aku tak bagi topup tu mesti aku rasa terkilan sangat. Mesti rasa ralat habis. 

So now aku tengah cuti sem. Bila dah tinggal sorang-sorang kat rumah ni, kadang-kadang tu macam ternampak-nampak je dia tengah main komputer. Bila masuk bilik dia, terbayang-bayang macam dia tengah tidur. Pergi dapur, teringat dia yang suka masak maggi. Kalau kutip kain baju nak basuh tu, tak ada dah baju yang bersepah dalam bilik arwah. Semua baju arwah dah diberi kat kawan-kawan dia. Bila tengok tv malam-malam, rasa macam tengah tunggu dia balik rumah lepas lepak ngan kawan-kawan je. Hurm......


Tahun 2010 ni memang banyak sangat peristiwa yang dah berlaku. Banyak benda yang dah mengubah hidup aku. Cuma aku yang perlu banyak bersabar menempuh dugaan ini. Syukur Alhamdulillah kerana mempunyai ramai kawan-kawan yang prihatin. Kawan-kawan yang banyak beri sokongan. This is my second lost that I ever faced. Last time in 2005 bila Opah yang bela aku dari kecil meninggal. And now, dekmi pulak. Dekmi bersemadilah kau dengan tenang di sana. Kitorang dekat sini hanya mampu berdoa kau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Hanya kenangan kita bersama yang mampu menjadi tawar suka duka kitorang. Tak mungkin kitorang lupakan kau. 


IN MEMORY
AMIR HAKIMI BIN MAZLAN
02.08.1994 - 02.10.2010


P/S: Takde sapa yang boleh gantikan tempat kau sebagai adik aku satu-satunya.

9 comments:

  1. innalillah :(
    takziah buat zaza sekeluarga

    *al fatihah

    ReplyDelete
  2. innalillah. takziah zaza. u have to be strong :)

    ReplyDelete
  3. Innalillah. Takziah zaza.
    Be strong yeah? Life must go on no matter what.
    But don't ever forget that he was part of your life. :)

    ReplyDelete
  4. thanks for supporting, kak ain and mr.anonymous! :)

    ReplyDelete
  5. kak fika bkn 02.08.2010 .
    tpi 02.08.1994 , .

    ReplyDelete
  6. takziah ye..kuatkan semangat..
    kamu kene kuat demi mak dan abah kamu!

    ReplyDelete