Saturday, November 6, 2010

Aku Rindu

nak tengok muka kau secara live
nak lumba basikal dengan kau time balik dari sekolah arab
nak makan ice cream pop cap ping pong dengan kau
nak lawan terup yang ada gambar power rangers dengan kau
nak main tent tent dekat rumah opah kau
nak betulkan kopiah hijau senget kau
nak jadi makmum kau bila solat Asar dekat sekolah
nak maki maki kau
nak dengar kau pulak maki maki aku
nak nyanyi lagu Hindustan dengan kau
nak jerit 'BAUNG! BAUNG!' panggil hujan turun dengan kau
nak teman kau tunggu van masa balik sekolah
nak menyorok bila kau curi curi amek gambar aku
nak duduk atas meja sebelah menyebelah dengan kau sambil sepak sepak kaki kau
nak dating bawah pokok masa hujan renyai renyai dengan kau
nak lepak dekat halaman rumah kau
nak dapat mesej cute dari kau
nak pakai jersi sekolah yang sama nombor dengan kau
nak main bola baling sama dengan kau
nak dengar kau jerit kasi semangat dekat aku masa lumba lari
nak makan dekat kantin bertentangan dengan muka kau
nak kena sakat dengan kau dan kawan kawan kau
nak kena kacau dengan kau masa jalan kaki dari sekolah ke rumah
nak gelak sesuka hati bila kau buat lawak
nak pergi kem sama sama dengan kau
nak usha muka kau malu
nak kena belanja dengan kau
nak tengok kau main bola sepak
nak tengok muka kau frust bila kalah
bila kau gelabah bila dapat tahu aku kena pergi kem dengan budak lain dan kau tak dapat ikut

dan aku paling rindu bila kau lap mulut aku yang comot makan ais cream potong guna sapu tangan aku :)

SUNGGUH AKU RINDU SEMUA TU

No comments:

Post a Comment