Saturday, December 11, 2010

Missing

Sumpah aku rindu gila classmates aku yang superdupercoolestfabulousawesome!!! Warga 5 Biruni 2009 SBP Integrasi Gopeng. Meh aku listdown apa benda yang aku tak boleh lupa pasal korang okay! Let's go babeh!!



THE GUYS

SAFRIE - Body kau yang tough... Phewiiit!
AIDIL - Carutan dalam satu nafas tanpa henti! No one can do that better than you.
PIYAN - Suara nasyid kau sedap doe!
AQIL - Kau lah tauke kantin, koop, DM, kiosk (Gila kulit ayam) -.-'
AMUK - Contengan seni yang kau buat dekat module Addmaths aku sangat meruntun jiwa.
AFIQ - Kau lah pak lawak kelas 5B kalau nak tau.
BILUS - Video cam and piano!
KAMARUL - Kau lah budak paling sopan!
LOBO - Essay merapu kau & ke-blur-an serta kelembapan kau! Maaf terlalu jujur.
ZAQU - Kebajetan kau yang kadang-kadang sangat meng-annoyingkan. Maaf terlepas cakap.
HAKIM - Pendiam gila. Aku awkward kalau nak sembang dengan kau till now.
ELYAS - Hang loqlak hang tau dak? Merapu me-mabuk je tau. Kuat syabu lettew. HAHAHA
IWE - Aku benci kau. Maaf ini terlalu ikhlas.  Nightmare!


THE GIRLS

SEHA - Kau pun standard aku yang bengap Addmaths!! HAHA but at least Sejarah kita power!
INTAN - Jari debab kasut saiz 7!
MUMUL - Duta makanan dan braces!
IKHA - Supergirliciousprincess
YUNI - Otak apa kau ni? Genius tak ingat lah
LIA - Kaulah makhluk jelita 5B!! Badan species model uhols! Pandai pulak tu!
KURI - Kpop Jpop...semua kasi kat kau.
DYLA - Getek and tulisan kau yang bulat-bulat tu.
NAB - Kaulah muslimah berjiwa rock!! I tabik spring dekat you sister!
DAYANA - Ms. colourful braces. Ms. homesick-er. Ms. pandai melukis.
KHAM - Ayucantikjelitamanisangguncomelmajalahsiswa
SERA - Suka dengar gosip-gosip terbaru dari kau. Tak lupa jugak kata-kata sinis utk sapa yg cari psl
WANIE - Ratu Kimia.
ZAZA - penulis entry ni yang terlalu jujur

p/s: errr...jap, aku dah lupa kelas kita ada berapa orang ahli. 27 ke 28 eh? =.="

Friends, They Come & Go

Aku tak tahu apa motif aku type entry ni sebenarnya. Boring sebab tak tahu nak buat apa malam-malam buta agaknya. Tak pun aku rasa aku rajin sebab masih tak mengantuk. Tak. Aku sebenarnya nak cerita pasal seseorang.

Hai! Kau asal mana? Oooo... Aku Kuala Kangsar je. Aku pun freshie macam kau jugak la. :) Nak panggil apa ni? Aku Zaza. *handshake+smile* Tak boleh lupa kot moment kita mula-mula kenal dulu. Aku ingat lagi kau duduk sebelah aku dalam kelas dekat row paling belakang bawah kipas. Mula-mula memang rasa agak awkward. Tapi lama-lama kita jadi kawan. Pernah lah merasa jadi bestfriend kau. Eventhough tak lama, tapi berjaya jugaklah create long term memory dalam kepala otak aku ni.

Okay, ramai yang tak suka kita since kita berkawan. Aku dah lama tahu tu. Tapi aku peduli apa. Aku suka je berkawan dengan kau. Sebab masa tu kau je yang sekepala dengan aku. Kau je yang paham perangai dan masalah aku. Hidup aku biar aku yang tentukan. Ni hidup aku bukan hidup diorang yang nak menyibuk ye dak? Suka hati aku lah nak cakap dan buat apa yang aku suka. Aku bukan kacau hidup diorang pun. Negara kita kan ada freedom of speech. Jangan sampai aku bukak cerita pasal fundamental liberties pulak =,='

Aku jealous dengan kau sebab kau pandai buat kad. English kau lagi hebat daripada aku. Addmaths kau excellent tak macam aku. Tapi aku happy sebab kau selalu ajar aku buat benda tu semua. 1 benda yang kau tak boleh buat, balut buku! Aku yang ajar kau. But then lama-lama kau balut buku lagi cantik dari aku punya. Sheeeesh!

Kau dah lupa ke kita selalu balik rumah sama-sama dulu? Kau dropkan aku kat Medan Gopeng. Kau ajar aku buat essay BI. Kau ajar aku Addmaths. Kau selalu tunggu aku nak pergi kelas sama-sama. Aku suka baring-baring atas katil kau! Aku selalu borrowed hair dryer kau kalau dah terlambat nak pergi prep and rambut pulak masih basah masa tu. Aku suka baling-baling Nemo kau. Wahahaha...hah, kita suka pergi bazaar setiap hari dalam bulan puasa sebab ikan bakar matrix tu sangat sedap! Kita makan nasi sama-sama dengan sambal ikan bilis yang mak kau packed kan untuk kau. Kita beli kek Secret Recipe and makan sama-sama dekat tepi tangga Aspuri. Konon berpicnic tengah malam la. Pastu kita suka amek gambar sama-sama. Dan kita pernah tukar-tukar baju kurung kan? Kau ingat tak? Kau ingat tak? Ke kau dah lupa ke semua tu? Sampai hati kau..... :(

Tapi setahun lepas tu hubungan kita jadi tak berapa nak baik. Maybe sebab salah aku jugak kot. Tapi lepas tu kita jadi okay balik lepas kes purse aku hilang tu settled. Kita punya lah beriya mintak maaf dekat dalam bilik tv Aspuri. Padahal hari-hari sebelum tu masing-masing punyalah ego nak mati. Dalam kelas duduk sebelah-menyebelah lagi tu. Pergi kantin makan sama-sama but still tak bertegur sapa. Masing-masing keras kepala nak amti. Tapi aku sumpah happy bila kita kamceng balik macam masa mula-mula kenal!! Tapi entah dekat mana silap yang aku pun tak tahu, kita makin berjauhan semula. Kadang-kadang aku agak touching dengan kau. Sampai lah waktu dah nak habis sekolah pun kau masih berjauhan dari aku lagi. Tersentap aku. Kau tak pilih nak stay satu dorm dengan aku and Seha, kau pilih geng lain isntead. :( Tapi aku boleh buat apa pun kan..... Dan last moment aku tengok kau secara live pun waktu petang tu. Right after paper Chemist kau dah nak pergi KL, nak fly. Lepas salam, hugged and all that, kau blah dan aku dah tak jumpa kau lepas tu sampai hari ni. Cuma satu je mesej yang aku hantar dekat handphone kau mintak kau jaga diri baik-baik kat tempat yang jauh gila tu. Tapi a few days after aku dapat berita pasal kau, aku memang shocked gila. The news spread to the whole batch. Aku masa tu dah balik rumah dah pun. Terkejut memang terkejut. Kalau boleh tak nak percaya, but the proof was there. Rasa sedih dan kecewa pun ada jugak sebab kau kawan baik aku kot. Aku rasa teruk. As bestfriend kau, aku rasa aku failed.

Back to the story, so aku decide nak diamkan diri and tak contact pun kau. Bila teringat dekat kau aku usha lah balik gambar kita waktu sekolah tu. Almost semua album gambar sekolah aku penuh dengan muka kau je. Nasib baik lah tak ada limit nak letak muka orang dalam computer aku ni kalau tak muka kau mesti dah kena block. Dalam handphone pun muka kau still ada. Tak pernah pun didelete. Kadang-kadang rasa tak sampai hati. Paling aku terkejut bila kau removed aku dari Myspace. Tapi masa tu okay lagi. Aku tak hairan pun sebab masa tu aku dah mula menggilai Facebook. Tapi lepas tu FB aku pun kena block. Aku tak boleh nak buat apa lah. Cuma kadang-kadang bila aku teringat kat kau, gambar-gambar sekolah je lah yang ada jadi bahan. Tak pun memori-memori kau dan aku yang masih ada dalam otak ni jadi peneman. Memang betul orang cakap, nak buat kawan yang betul-betul boleh jadi kawan memang payah. Selalunya ambil masa bertahun-tahun. Tapi kalau nak putus sahabat, ambil masa tak sampai seminit pun. Hurmmmm... entah lah. Eh, rasa macam dah banyak aku merepek dekat sini. Orang cakap benda yang dah lepas tak payah sibuk-sibuk nak dikenang balik. Lastly, maafkan aku atas segala salah aku...kalau ada. Aku betul-betul sedih atas apa yang dah jadi kat kita. Sumpah sampai sekarang aku masih tak boleh lupa dekat kau. Tak kisahlah kalau air mata ni tumpah tiap kali usha balik gambar-gambar kita bersama. Janji aku tak rasa teruk sangat bila kau dah tak nak kawan dengan aku. Aku harap kalau kau still nak jadi kawan aku...aku sentiasa tunggu kau. This year tak dapat nak wish birthday kau sebab aku tak tahu macam mana nak wish. And one more thing, aku dah lama memaafkan kesalahan kau...pun kalau ada. Terima kasih atas memori persahabatan kita yang banyak bagi kesan kat hati aku ni. Kau dah ajar aku erti persahabatan yang sebenar... TERIMA KASIH! :)

p/s: Aku saja tulis pasal kau sebab aku tahu kau tak akan baca entry ni. Tapi kalau kau terbaca pun aku harap kau faham apa yang aku cuba sampaikan. IMY buddy.