Monday, March 21, 2011

Pecah Rekod

Hari terakhir memakai jeans favourite

In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful

*Mood tak puas hati*

Entry untuk second day berada di rumah! Hari ni nak cakap pasal rembat GRRRR geram tau! Actually macam ni. Pagi hari Isnin lepas aku bersiap-siap lah nak pergi jawab exam dekat Dewan Annexe. But sweater aku hilang pulak. Punyalah sakan aku and 2 orang classmates geladah loker, bakul, baldi, bawah katil dan luggage cari sweater tu. Bukannya apa Dewan Annexe tu sejuk bukan main. Mahu bulu roma aku tegak berdiri macam masa tengah nyanyi lagu Negaraku. Cari punya cari tetap tak jumpa. So, pinjam kawan punya je lah. Sedih tahu! Balik dari exam tu sambung lagi mencari. Musyhkil sangat sebab hilang dalam bilik. Lepas pakai masa exam hari Sabtu tu ada lagi. Aku biar je kat atas katil sampai la pagi nak pergi exam tu. Aku pun bukan stay kat bilik aku pun masa exam. Then bila hilang macam tu je rasa geram sangat-sangat. Sweater kesayangan kot. Dulu beriya-iya mintak emak abah belikan sebab nak pakai pergi tuition malam-malam masa Form 3. Walaupun harga tak mahal mana tapi comfortable kot bila pakai. Dah lama aku pakai sweater tu but still nampak macam baru. Isk.Isk.Isk. Aku sure sweater tu tak kena curi luar bilik sebab aku tak bawak keluar bilik pun selain pergi exam. :'( Lepas hilang sweater baru teringat yang jeans favourite aku pun kena rembat jugak. Yang aku ingat lepas lipat-lipat baju aku biar je jeans tu atas katil.....DAMN, itu pun kena rembat jugak! ERRR rasa macam nak mengamuk sangat-sangat. Sure lah yang rembat tu dalam kalangan budak Asasi jugak sebab aku basuh baju guna washer machine and drier kat floor aku. Lepas tu terus bawak masuk bilik and lipat! Celah mana pulak budak-budak dip and degree nak rembat. C'mon la dear..kerajaan dah bagi elaun almost RM 2000 per sem takkan tak cukup lagi sampai perlu merembat harta benda orang. Perlu ke nak bergaya sakan dengan barang hasil rembatan awak tu? Habis smart la tu? L! Tinggal seminggu je lagi nak habis exam konon rekod pakaian aku yang tak kena rembat tu clean la. DAMN at last tercemar jugak. Sakit nya la hati ni. Sabo je lah!

p/s: Kat i-Gop jugak yang best. Takde pun kes kena rembat baju bagai :'(


Inilah dianya sweater yang kena rembat tu

No comments:

Post a Comment