Monday, June 6, 2011

A Big Thank You!

In The Name Of Allah, Most Gracious Most Merciful

Hello world! Dah nak genap 2 bulan dah aku tak update blog. Dah berhabuk, bersawang dah blog aku ni. Yeah, aku malas sangat nak update dengan entry-entry baru sebab takda masa. *aku memang Perdana Menteri pun kannnnnn* FYI, aku sekarang buat part-time dekat Pizza Hut KK. Dah nak masuk 2 bulan pun. Tersangatlah best kerja dekat sana cuma penat lah. Banyak kerja nak kena buat. Layan kerenah customers yang perangai macam haremmmmmmm. L!

5 Jun lepas merupakan birthday aku. Alhamdulillah dah cukup 19 tahun aku hidup dekat muka bumi ni. Tak sangka tahun ni tahun last aku pegang title sebagai remaja BELAS-an tahun a.k.a. TEEN-agers. Lepas ni dah start pakai umoq puluh-puluh bagai. *perghhhh terasa tua u'ols.

So entry special ni, aku nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua ahli keluarga, kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang dah wish birthday aku tak kiralah through mesej ke, FB ke, face to face ke, entry kat blog ke. TERIMA KASIH, semoga Allah SWT memberkati korang semua, mengurniakan korang dengan rezeki yang melimpah ruah dan semoga apabila mati nanti kita semua akan mati dalam keimanan kepada-NYA, Insya-Allah. I love you all! *love is in the air~

Kat bawah ni ada video masa malam birthday aku dekat Pizza Hut. Aku pun dah malas nak bebel banyak-banyak, biarlah video ni yang menceritakan segalanya. *tangan di dada, mata ke atas*



p/s: dah lama tak buat entry geli-geli :D