Monday, July 9, 2012

Ada Apa Dengan FUU UKM?

In The Name Of Allah, Most Gracious Most Merciful




Assalamualaikum. Sekarang tengah cuti semester. So aku dekat rumah ni dah macam lifeless sebab tak tahu nak buat apa. Parents kerja. Abang kerja. Kakak tengah exams. Kawan-kawan dekat area rumah ni semua sibuk buat LI. Aku dekat rumah jadi helpless sebab tak ada kawan nak ajak keluar sama. Dengan kereta pun tak ada aku jadi patah kaki. Paling jauh aku keluar pun dekat halaman rumah aku. Kesian.

Makanya di kala malam yang hening ni (maksud aku pagi), aku nak kongsi sikit pasal tempat aku belajar sekarang, FUU UKM and thus make some comparisons with UiTM Shah Alam in tempat aku buat foundation dulu. FUU, perghhh dengar nama fac je dah buat orang lain jadi menyampah. Itulah hakikatnya dekat UKM ni. Dekat kolej aku ramai yang tak suka budak FUU sebab dikatakan kitorang bajet bagus. Tapi takpe, kitorang tak kisah pun dengan orang-orang yang iri hati dengan kitorang ni. Kita kena jadi professional kih kih kih xD


Kalau nak tahu, FUU UKM terletak jauh sangat atas bukit dalam UKM tu dan juga a bit isolated. Aku sentiasa optimis pasal benda ni sebab kononnya bila dapat tempat yang secluded macam tu dia macam exclusive sikit la. Senang nak belajar sebab tak bising. Dulu aku buat foundation dekat FUU UiTM Shah Alam. Jadi bila dicomparekan kemeriahan kedua- dua FUU ni, UKM tersangatlah LAIN!!!! Nak tahu kenapa, sebabnya:


1. Fakulti aku kecil, jauh dan tak ramai orang. Yang ni memang jauh berbeza dengan UiTM punya sebab dekat sana suasananya kepoh yang amat! So bila fac kecik, bila berjalan balik-balik pusing jumpa orang yang sama jugak. Bosan.

2. Library kecil, dewan kuliah kecil, bilik tutorial kecil. Yang ni part yang paling aku tak suka. Dalam bilik tutor tu kitorang guna kerusi meja yang lipat-lipat tu. Bila datang tutorial tu selalu berhimpit dan buku selalu jatuh atas lantai dan bersepah. Dah jadi satu kerja pulak aku nak mengutip buku-buku tu semua. Bilik pulak sempit, buku banyak! But now new building dah boleh dibuka and most of tutorials will be conducted in thee building. So we have like few rooms yang selesa gila, besar and most importantly aircond dia kuat. Kehkehkeh
3. Tak banyak kemudahan. Contohnya cafe macam nak tumbang. Bilik aktiviti pelajar pun takde. But worry not, cafe tu for temporary je.
4. Lecturer kurang join aktiviti yang dianjurkan oleh student. Yang ni aku rasa pathetic sikit.
5. Tak ada Roti Impit dengan ice blended bubble tea.
6. Tak ada senior handsome.

Tapi yang bestnya pasal FUU UKM yang tak dapat dekat fakulti lain ialah:


1. Wi-fi yang laju. Dekat dalam library sambil study, aku boleh download movie lagi.  Guna la IDM ke, Torrent ke, laju nak mamp* (eh sorry kita terkasar bahasa sikit, maaf) Sebab tu aku suka stay dalam library hehehe ;D Dalam lecture hall pulak, bila mengantuk aku online guna handphone.

2. Makanan sedappppp dan tak ramai orang!!! Bab makan ni yang aku paling tersangat dan teramat-amat suka xD
3. Senior sangat baik dan suka membantu. Plus, kitorang ni dah macam keluarga dah.
4. Sekarang kitorang dah ada Moot Court baru! Yeayyy! Dekat FUU ada tambah satu bangunan baru, so dalam tu adalah moot court yang cantik gila and ada banyak bilik aktiviti lain.
5. Tak busy and takkan pernah berlaku traffic jam.
6. Aircond dia sejukkkk gila! 
7. Budak budak 27 (batch aku) semua cun-cun.


(Inilah dia bangunan moot court yang baru tu)

Dah tu je aku nak share malam ni. Itupun sebab aku bosan sangat. Beberapa tahun lagi aku buat lagi entry macam ni. Itu pun kalau aku masih buat Law. KAH!