Wednesday, April 27, 2016

Chambering @ Pelatih Dalam Kamar @ Pupillage

With my babies masa filekan Borang 1 & 2 untuk chambering dekat KL High Court
Hai guys!

Alhamdulillah sekarang ni aku tinggal sebulan lebih je before nak habis chambering. Hazab tau nak menempuh 9 bulan chambering ni. Tapi pejam celik pejam celik, tak sedar pun aku dah nak habis. Gembira pun ada. Sedih pun ada. Gembira sebab boleh cuti panjang and buat lah apa aku nak buat dekat rumah tu. Sedih sebab lepasni bosan la duduk rumah and dah kena start apply kerja. Yang paling sedih, nanti dah takde allowance masuk account tetiap bulan HAHAHAHAHA…

Mostly orang ramai taktau chambering tu apa. Penat aku nak explain aku kerja apa sebenarnya. Bila aku cakap aku tgh chambering semua menganga taktau. Bila aku mengaku lawyer, karang orang letak high expectation dekat aku. "Uuuuu lawyer" or people will be like, "Nama je lawyer tapi bengap". Haaa sapa nak menjawab? Tapi bila aku mengaku aku practical student orang akan, ek eleh budak practical je pun. Kekwat lah. Hurmmm…susahkan hidup….

So untuk kawan-kawan aku yang taktau chambering tu apa, let me explain (aaaagichewww). Chambering ni adalah salah satu syarat untuk menjadi lawyer di Malaysia. Disebabkan peguam merupakan salah satu bidang professional, jadi tak semua orang sesenang hati dia je boleh jadi lawyer. Lepas dah dapat LL.B Hons kena tempuhi chambering selama 9 bulan. Dalam tempoh 9 bulan tu, we will be trained as a lawyer. Jadi weols kena berguru dengan seorang Master yang dah practice for more than 7 years. Masa chambering ni jugak dikira kita dah separa lawyer sebab dah boleh wakili anak guam utk appear before majistret dalam open court & appear before timbalan pendaftar in chambers.

Dalam tempoh chambering jugak ada beberapa lagi benda yang nak buat utk diterima masuk as a lawyer. One of them is amek exam Ethics. Urghhh aku benci Ethics! Weols jugak wajib completekan 14 hari duty LAC. Yang ni aku benci jugak tapi tak sebenci exam Ethics la. Selain tu, kena settlekan filing borang-borang chambering yang sangatlah menguji kesabaran nak deal dengan akak-akak abang-abang dekat court tu. Dah settle semua benda ni barulah boleh jadi lawyer! Itupun masih tertakluk kepada Malaysian Bar okay. Kalau takde apa-apa problem, maka lepaslah nak jadi lawyer. See? Bukan senang tau. Entah macam mana aku boleh terjebak ke dunia lawyer pun tak tau la.  Lepasni kalau korang dengar orang sebut ‘Chambie’ or ‘Chambies’ tu faham-faham la. Maksudnya chambering student la tu sebab weols kan macam baby. Atotototooo omeynyaaa! KAHKAHKAHKAH

Eh terlupa pulak. Aku chambering dekat Norali & Co. Ipoh under the guidance of Mr. Norali Nordin. Right after habis degree, aku rehat 2 bulan before start chambering. Itu pun dah gelabah sebab ramai kawan-kawan dah secure tempat and aku masih termangu-mangu taktau nak masuk firm mana. Pastu kawan internship aku ajak apply Norali & Co. Dulu masa study aku suka convey. Masa final year minat litigation. Masa chambering apply conveyancing and litigation. Tapi dlm application aku apply nak mostly buat litigation. Sekali big boss suruh buat fully conveyancing. Dilemma habis masa tu sebab aku nak buat litigation tapi takde tempat and nak start cepat. Byk firm yang aku hantar resume semua tak reply email. Then, aku accept je la offer big boss. Tapi bila dah asyik buat convey, rasa macam bosan pulak sebab tak pergi court. At least pergi court boleh cuci mata. Boleh buat catwalk turun tangga High Court and berjalan ke Lower Courts. Woowwww! HAHAHAHAHAHA…… Maybe aku ni jenis kaki berjalan, sebabtu aku nak buat litigation.


So far Alhamdulillah okay je chambering period aku. Ada jugaklah bertekak dengan client. And dalam bulan-bulan akhir ni aku request jugak nak buat litigation. Partner suruh baca file and fahamkan process utk dapatkan penghakiman. Gituh, redah je lah kan. At least dapat ilmu and experience sikit-sikit.


p/s: Harap dapat longcall dengan #GengJBGTersingkir

Sunday, April 24, 2016

Diploma Pentadbiran Kehakiman & Guaman Islam @ DAIJ UKM


Salam guys.

Lately ramai yang tanya aku pasal program diploma siswazah yang aku amek dekat UKM. Since aku dah selamat graduate dari course ni, bolehla aku terangkan sikit pasal course ni. Diploma Pentadbiran Kehakiman & Guaman atau Postgraduate Diploma in Islamic Judicial Administration and Legal Profession (DAIJ UKM) yang dioffer di Fakulti Pengajian Islam (FPI) ni actually satu kursus khas untuk budak postgrad yang nak jadi peguam syarie. Ada yang panggil DAIJ, ada jugak yang panggil DIJAP but they are actually the same and setaraf DSLP. As we all know, ada certain negeri dalam Malaysia yang memerlukan diploma ni (dan yang seangkatan dengannya) untuk seseorang itu practice as peguam syarie. Misalnya nak jadi peguam syarie dekat Perak, diploma ni is a must. Tapi dekat KL, taka da diploma ni pun tak apa.

Okay aku nak explain pasal tuition fee, tempoh pembelajaran and subjek-subjek yang dipelajari pulak. Tuition fee untuk DAIJ UKM adalah yang termurah kalau nak compare dengan fee IPTA lain. Kalau dekat IIUM, dalam berbelas ribu jugak. Aku register masa bulan September tahun 2013 dan yurannya masih sama sehingga hari ini iaitu RM 305 untuk pendaftaran awal as student dan RM885 setiap semester. So, masa sem 1 nanti kena bayar dalam RM1190++ la. Untuk semak tuition fee, boleh refer dekat sini. Oh yeah ini untuk full time ye. Aku tak pasti sama ada course ni ada offer part time ke tidak.

Tuition Fee

Kebiasaannya intake dibuat pada bulan September setiap tahun. Application pula selalunya dibuka dalam bulan April gitu (Aku pun dah lupa sebenarnya bulan berapa aku apply dulu hehehehehe). So korang kena la rajin-rajin check dekat website dia (boleh klik sini) sebab diorang akan buat announcement dekat dalam website je. Application dibuat secara online sahaja ye kawan-kawan. So kena register diri kita dekat website dulu. Nanti kena upload segala mak nenek borang-borang and sijil-sijil akademik dekat situ. Lepastu baru tau diorang inform kita ni layak ke tidak. So memang kena rajin la jenguk website tu.

Untuk tempoh pembelajaran pulak, course ni ada 4 semester sahaja and kelas pulak pada setiap hari sabtu. Haaa engkorang kalau dah amek course ni jangan bermimpi la engkorang nak pergi kenduri jiran tetangga or berpicnic bagai. Kelas dari pagi pukul 9-11, 11-1 then lunch break sekejap and sambung 2.30-4.30. Engkorang boleh bayangkan tak betapa lifelessnya weekend aku masa amek course ni dulu. Kalau kelas jatuh pada hari Deepavali pun, kelas berjalan seperti biasa ok. Melainkan cuti tu cuti raya haji ke, raya puasa ke, baru takde kelas. Exam pun dibuat pada hari sabtu & ahad ye. Ala 2 hari je. Normally hari sabtu pertama minggu exam. Untuk check bila exam, kena refer dekat academic calendar UKM.

Subjek-subjek yang mesti diambil ada 11 je. 3 subjek setiap sem. So tak berat sangat la course ni. Subjek-subjek tersebut boleh refer dalam gambar bawah ni:


Fee yang dalam pamphlet ni lama punya rate ok


Pada pandangan aku lepas apa yang aku dah lalui, subjek 1st year je berat. Dah naik 2nd year, subjek semua senang and agak santai. Soalan exam pun relax je. Masa 1st and 2nd semester tu aku rasa berat sebab masa tu aku tengan tahun ketiga di Fakulti Undang-Undang. Aku kena buat thesis. Dekat FUU 8 subjek, dekat FPI pulak 3 subjek. Macam mana aku boleh carry sampai 11 subjek 1 sem pun aku tak tahu la. Pernah ye aku punya total credit hour mencecah 30 hrs. Haaa gila kan? Sebabtu sampai sekarang aku macam tak percaya aku boleh grad serentak untuk Degree Law and DAIJ. Kekuatan aku masa tu is aku nak convo dengan dua jubah. Jubah Coklat and Jubah Kuning. HAHAHAHAHA

Mesti korang pelik kan macam mana aku boleh amek degree Law and at the same time boleh amek DAIJ? Okay macam ni, sebenarnya pada asalnya course ni dibuka kepada pelajar-pelajar Tahun 2 Jabatan Syariah FPI dengan Tahun 3 FUU, UKM. Dan ada a few seats je untuk orang awam. Kiranya student UKM diberi keutamaan la. Dengan syarat, kitorang punya CGPA mestilah 3.33 ke atas, baru layak nak amek course ni. Ye la, engko nak amek DAIJ tapi degree engko pun kelaut, cemana nak survive kan? So kitorang boleh buat double courses la (orang biasa ckp buat double degree). Tapi sejak intake 2014/2015, course ni dah tak dioffer kepada student UKM. Dia beri keutamaan kepada public pulak. So batch aku is the last batch yang boleh buat double degree gitu. Sebabtu classmate aku semua muda-muda sebab 80% adalah student FUU & FPI. And batch aku jugak lah yang paling ramai budak-budak FUU dalam 30 org. Batch sebelum-sebelum tu adalah tak sampai 10 orang.

Engkorang yang still rasa dilemma nak amek course ni janganlah takut or bimbang. Lecturer semua sangat memahami dan baik hati. Lecturer pulak terdiri dari kalangan peguam, hakim Mahkamah Syariah dan lecturer UKM sendiri. They hava a broad knowledge and tak rugi amek course ni and dapat sedut ilmu dari diiorang. Kalau bab kelas hujung minggu tu yang membebankan kepala otak korang, please don’t. Aku dulu pun pikir benda yang sama sebab aku dulu kaki balik rumah time weekend. Boleh je nak skip kelas sekali macamtu tapi janganlah selalu. Nanti engkorang kena bar dari exam baru padan muka. HAHAHAAHA… Okay untuk apa-apa pertanyaan, sila comment di bawah ye. Nanti kalau ada masa aku reply, Inshaa-Allah.

Hai, akak dah convo. Uols bila lagi?

Finally Graduated!





Salam guys.

Since aku habis degree, aku tak pernah update blog. Tetiba harini tergerak hati nak update sebab bosan and terasa nak luah perasaan. Kahkahkahkah… Alhamdulillah aku dah selamat grad untuk both degree and postgraduate diploma bulan 11/2015 haritu. Yeay! *Clap Clap Clap*

I must say that these past 5 years have never easy on me. I could never imagine that finally I hold the Bachelor of Laws (LL.B Hons) and Postgraduate Diploma in Islamic Judicial Administration and Legal Profession (DAIJ) from UKM concurrently. I graduated excelling in both courses (though I didn’t achieve those distinction awards in my degree) and surely I’m fully satisfied of my own capability. I struggled a lot to achieve what I have today and yeah it’s worth to me. I’ve got my ups and downs throughout these years. I was mentally tortured (gituuu over kan) to finish the law school. My foundation year back in UiTM was a dull memory. I didn’t perform well that I made a decision to jump into a different course (if I didn't further in Law, perhaps I'm a promising urban regional planner right now). But He knows what’s best for me. He opened the path for me and that’s what make me today.


Masa convocation day aku nyaris-nyaris nak menitiskan air mata sebab tak percaya at last berjaya jugak tamatkan law school. Dulu masa study banyak main-main dengan geng Zaza Farre Ida aku.  Banyak buat kerja gila dengan diorang and geng Mama. Walaupun mentally tortured and experienced traumatic years dekat UKM, diorang la yang menjadi sumber kekuatan dan yang mewarnai hidup aku. Masa aku convo aku sebak sikit la masa nyanyi lagu Varsiti Kita sebab itu la last time nak nyanyi. Korang aku tak tau la pulak cemana kan. Okay la, aku nak share gambar-gambar convo aku dengan korang. Fyi, jubah coklat tu untuk convo degree law and jubah mustard untuk convo DAIJ. Jangan pelik ye sebab dekat UKM jubah convo berbeza colour mengikut faculty.




 They are my support system all this while



Some of FUU students yang further DAIJ


From Left: Farre, Ida & Zaza


The fourth benchers since our 1st year


p/s: Seronok I dapat buat project runaway atas stage.
Fefeeling Behati Prinsloo dalam Victoria's Secret Fashion Show.