Wednesday, April 27, 2016

Chambering @ Pelatih Dalam Kamar @ Pupillage

With my babies masa filekan Borang 1 & 2 untuk chambering dekat KL High Court
Hai guys!

Alhamdulillah sekarang ni aku tinggal sebulan lebih je before nak habis chambering. Hazab tau nak menempuh 9 bulan chambering ni. Tapi pejam celik pejam celik, tak sedar pun aku dah nak habis. Gembira pun ada. Sedih pun ada. Gembira sebab boleh cuti panjang and buat lah apa aku nak buat dekat rumah tu. Sedih sebab lepasni bosan la duduk rumah and dah kena start apply kerja. Yang paling sedih, nanti dah takde allowance masuk account tetiap bulan HAHAHAHAHA…

Mostly orang ramai taktau chambering tu apa. Penat aku nak explain aku kerja apa sebenarnya. Bila aku cakap aku tgh chambering semua menganga taktau. Bila aku mengaku lawyer, karang orang letak high expectation dekat aku. "Uuuuu lawyer" or people will be like, "Nama je lawyer tapi bengap". Haaa sapa nak menjawab? Tapi bila aku mengaku aku practical student orang akan, ek eleh budak practical je pun. Kekwat lah. Hurmmm…susahkan hidup….

So untuk kawan-kawan aku yang taktau chambering tu apa, let me explain (aaaagichewww). Chambering ni adalah salah satu syarat untuk menjadi lawyer di Malaysia. Disebabkan peguam merupakan salah satu bidang professional, jadi tak semua orang sesenang hati dia je boleh jadi lawyer. Lepas dah dapat LL.B Hons kena tempuhi chambering selama 9 bulan. Dalam tempoh 9 bulan tu, we will be trained as a lawyer. Jadi weols kena berguru dengan seorang Master yang dah practice for more than 7 years. Masa chambering ni jugak dikira kita dah separa lawyer sebab dah boleh wakili anak guam utk appear before majistret dalam open court & appear before timbalan pendaftar in chambers.

Dalam tempoh chambering jugak ada beberapa lagi benda yang nak buat utk diterima masuk as a lawyer. One of them is amek exam Ethics. Urghhh aku benci Ethics! Weols jugak wajib completekan 14 hari duty LAC. Yang ni aku benci jugak tapi tak sebenci exam Ethics la. Selain tu, kena settlekan filing borang-borang chambering yang sangatlah menguji kesabaran nak deal dengan akak-akak abang-abang dekat court tu. Dah settle semua benda ni barulah boleh jadi lawyer! Itupun masih tertakluk kepada Malaysian Bar okay. Kalau takde apa-apa problem, maka lepaslah nak jadi lawyer. See? Bukan senang tau. Entah macam mana aku boleh terjebak ke dunia lawyer pun tak tau la.  Lepasni kalau korang dengar orang sebut ‘Chambie’ or ‘Chambies’ tu faham-faham la. Maksudnya chambering student la tu sebab weols kan macam baby. Atotototooo omeynyaaa! KAHKAHKAHKAH

Eh terlupa pulak. Aku chambering dekat Norali & Co. Ipoh under En. Norali. Right after habis degree, aku rehat 2 bulan start chambering. Itu pun dah gelabah sebab ramai kawan-kawan dah secure tempat and aku masih termangu-mangu taktau nak masuk firm mana. Pastu kawan internship aku ajak apply Norali & Co. Dulu masa study aku suka convey. Masa final year minat litigation. Masa chambering apply conveyancing and litigation. Tapi dlm application aku apply nak mostly buat litigation. Sekali big boss suruh buat fully conveyancing. Dilemma habis masa tu sebab aku nak buat litigation tapi takde tempat and nak start cepat. Byk firm yang aku hantar resume semua tak reply email. Then, aku accept je la offer big boss. Tapi bila dah asyik buat convey, rasa macam bosan pulak sebab tak pergi court. At least pergi court boleh cuci mata. Boleh buat catwalk turun tangga High Court and berjalan ke Lower Courts. Woowwww! HAHAHAHAHAHA…… Maybe aku ni jenis kaki berjalan, sebabtu aku nak buat litigation.


So far Alhamdulillah okay je chamebring period aku. Ada jugaklah bertekak dengan client. And dalam bulan-bulan akhir ni aku request jugak nak buat litigation. Partner suruh baca file and fahamkan process utk dapatkan penghakiman. Gituh, redah je lah kan. At least dapat ilmu and experience sikit-sikit.


p/s: Harap dapat longcall dengan #GengJBGTersingkir

1 comment:

  1. Yang part nak explain 'chambering' tu lawak. Exactly like my situation.haha

    ReplyDelete