Sunday, April 24, 2016

Diploma Pentadbiran Kehakiman & Guaman Islam @ DAIJ UKM


Salam guys.

Lately ramai yang tanya aku pasal program diploma siswazah yang aku amek dekat UKM. Since aku dah selamat graduate dari course ni, bolehla aku terangkan sikit pasal course ni. Diploma Pentadbiran Kehakiman & Guaman atau Postgraduate Diploma in Islamic Judicial Administration and Legal Profession (DAIJ UKM) yang dioffer di Fakulti Pengajian Islam (FPI) ni actually satu kursus khas untuk budak postgrad yang nak jadi peguam syarie. Ada yang panggil DAIJ, ada jugak yang panggil DIJAP but they are actually the same and setaraf DSLP. As we all know, ada certain negeri dalam Malaysia yang memerlukan diploma ni (dan yang seangkatan dengannya) untuk seseorang itu practice as peguam syarie. Misalnya nak jadi peguam syarie dekat Perak, diploma ni is a must. Tapi dekat KL, taka da diploma ni pun tak apa.

Okay aku nak explain pasal tuition fee, tempoh pembelajaran and subjek-subjek yang dipelajari pulak. Tuition fee untuk DAIJ UKM adalah yang termurah kalau nak compare dengan fee IPTA lain. Kalau dekat IIUM, dalam berbelas ribu jugak. Aku register masa bulan September tahun 2013 dan yurannya masih sama sehingga hari ini iaitu RM 305 untuk pendaftaran awal as student dan RM885 setiap semester. So, masa sem 1 nanti kena bayar dalam RM1190++ la. Untuk semak tuition fee, boleh refer dekat sini. Oh yeah ini untuk full time ye. Aku tak pasti sama ada course ni ada offer part time ke tidak.

Tuition Fee

Kebiasaannya intake dibuat pada bulan September setiap tahun. Application pula selalunya dibuka dalam bulan April gitu (Aku pun dah lupa sebenarnya bulan berapa aku apply dulu hehehehehe). So korang kena la rajin-rajin check dekat website dia (boleh klik sini) sebab diorang akan buat announcement dekat dalam website je. Application dibuat secara online sahaja ye kawan-kawan. So kena register diri kita dekat website dulu. Nanti kena upload segala mak nenek borang-borang and sijil-sijil akademik dekat situ. Lepastu baru tau diorang inform kita ni layak ke tidak. So memang kena rajin la jenguk website tu.

Untuk tempoh pembelajaran pulak, course ni ada 4 semester sahaja and kelas pulak pada setiap hari sabtu. Haaa engkorang kalau dah amek course ni jangan bermimpi la engkorang nak pergi kenduri jiran tetangga or berpicnic bagai. Kelas dari pagi pukul 9-11, 11-1 then lunch break sekejap and sambung 2.30-4.30. Engkorang boleh bayangkan tak betapa lifelessnya weekend aku masa amek course ni dulu. Kalau kelas jatuh pada hari Deepavali pun, kelas berjalan seperti biasa ok. Melainkan cuti tu cuti raya haji ke, raya puasa ke, baru takde kelas. Exam pun dibuat pada hari sabtu & ahad ye. Ala 2 hari je. Normally hari sabtu pertama minggu exam. Untuk check bila exam, kena refer dekat academic calendar UKM.

Subjek-subjek yang mesti diambil ada 11 je. 3 subjek setiap sem. So tak berat sangat la course ni. Subjek-subjek tersebut boleh refer dalam gambar bawah ni:


Fee yang dalam pamphlet ni lama punya rate ok


Pada pandangan aku lepas apa yang aku dah lalui, subjek 1st year je berat. Dah naik 2nd year, subjek semua senang and agak santai. Soalan exam pun relax je. Masa 1st and 2nd semester tu aku rasa berat sebab masa tu aku tengan tahun ketiga di Fakulti Undang-Undang. Aku kena buat thesis. Dekat FUU 8 subjek, dekat FPI pulak 3 subjek. Macam mana aku boleh carry sampai 11 subjek 1 sem pun aku tak tahu la. Pernah ye aku punya total credit hour mencecah 30 hrs. Haaa gila kan? Sebabtu sampai sekarang aku macam tak percaya aku boleh grad serentak untuk Degree Law and DAIJ. Kekuatan aku masa tu is aku nak convo dengan dua jubah. Jubah Coklat and Jubah Kuning. HAHAHAHAHA

Mesti korang pelik kan macam mana aku boleh amek degree Law and at the same time boleh amek DAIJ? Okay macam ni, sebenarnya pada asalnya course ni dibuka kepada pelajar-pelajar Tahun 2 Jabatan Syariah FPI dengan Tahun 3 FUU, UKM. Dan ada a few seats je untuk orang awam. Kiranya student UKM diberi keutamaan la. Dengan syarat, kitorang punya CGPA mestilah 3.33 ke atas, baru layak nak amek course ni. Ye la, engko nak amek DAIJ tapi degree engko pun kelaut, cemana nak survive kan? So kitorang boleh buat double courses la (orang biasa ckp buat double degree). Tapi sejak intake 2014/2015, course ni dah tak dioffer kepada student UKM. Dia beri keutamaan kepada public pulak. So batch aku is the last batch yang boleh buat double degree gitu. Sebabtu classmate aku semua muda-muda sebab 80% adalah student FUU & FPI. And batch aku jugak lah yang paling ramai budak-budak FUU dalam 30 org. Batch sebelum-sebelum tu adalah tak sampai 10 orang.

Engkorang yang still rasa dilemma nak amek course ni janganlah takut or bimbang. Lecturer semua sangat memahami dan baik hati. Lecturer pulak terdiri dari kalangan peguam, hakim Mahkamah Syariah dan lecturer UKM sendiri. They hava a broad knowledge and tak rugi amek course ni and dapat sedut ilmu dari diiorang. Kalau bab kelas hujung minggu tu yang membebankan kepala otak korang, please don’t. Aku dulu pun pikir benda yang sama sebab aku dulu kaki balik rumah time weekend. Boleh je nak skip kelas sekali macamtu tapi janganlah selalu. Nanti engkorang kena bar dari exam baru padan muka. HAHAHAAHA… Okay untuk apa-apa pertanyaan, sila comment di bawah ye. Nanti kalau ada masa aku reply, Inshaa-Allah.

Hai, akak dah convo. Uols bila lagi?

2 comments:

  1. Salam, sis..nk tnya ..utk full time n part time, klas dbuat stiap hri sbtu kn?apa beza dy ek?😅..

    ReplyDelete
  2. Klau skang ni boleh ke time degree syariah kt ukm..alang2 dekat boleh tak amik daij skali..sbb kelas pun ari sabtu kn

    ReplyDelete